Sunday, February 28, 2010

Riadah di pagi ahad

Pagi ini, saya dan umi pergi jogging di tempat biasa.

Sebenarnya, kami hampir2 sahaja tidak jadi pergi kerana abah mungkin nak guna kereta untuk pergi mesyuarat. Namun, di saat2 akhir, dia membatalkan rancangannya, mungkin kerana kakinya masih sakit - bengkak2.

Saje je saya tukar laluan. Kalau dulu, biasa dimulai dengan laluan bukit dan diakhiri dengan lembah. Kali ini, terbalik pula. Orang ramai agak sesak di lembah kerana di sana ada pasar pagi.

Dalam pada itu, sempat juga saya snap gambar seorang pakcik yang sedang mengail ikan di tepi sungai. Siap dikelilingi oleh beberapa kanak2 dan seekor kucing yang siap sedia menunggu hidangan "fresh".



Hari ini juga, saya pertama kali membawa umie ke suatu kedai runcit yang agak besar di bandar kami. Hhuh... ramai juga orang di pagi2 seperti ini. Bukan senang nak bawa umi keluar jalan2 seperti ini. Kalau ada abah memang payah. Tapi, disebabkan pagi ni kami ingin pergi jogging, dapatla jugak saya bawa umi mencuci mata mengikut rentak kakinya. Kalau tidak, tak pernah ada peluang.

Banyak juga barang yang dibeli sehingga hampir RM 100 !! Huhuhu... nape la barang sekarang ni mahal sangat?!! Tapi, takpe..., yang penting, umi senang hati.

Terkejut juga masa nak balik, bila lihat jam hampir pukul 11 pagi. Mana ada orang jogging sampai pukul 11 kan? Hahaha... Itu pun nasib baik, bila sampai di rumah, nampak abah masih tidur di ruang tamu. So, takde la tengok abah menyinga. Hheh...


No comments: