Sunday, February 28, 2010

Problem Based Learning (PBL)

Program "Problem Based Learning" ni saya ikuti pertengahan tahun lepas di UPSI. Bagi mereka2 yang tidak mengetahui tentang program ini (terutamanya kepada para guru), program ini adalah salah satu teknik PnP yang mungkin agak baru di negara kita. Kalau tak silap saya, ia merupakan salah satu daripada teknik Inkuiri Penemuan.

Sebelum berangkat pulang, ada seorang lecturer yang bertanya kami, sama ada kami berminat untuk melaksanakannya di sekolah atau tidak. Walaubagaimanapun, dia hanya membiarkan kami menjawabnya di dalam hati sahaja. Hheh...

Sebenarnya, disepanjang mengikuti kursus tersebut, saya menanam impian untuk mengaplikasikannya di dalam PnP saya nanti. Bagi subjek Sains, memang banyak tajuk yang boleh menggunakan kaedah ini. Tapi kesian juga sahabat saya yang mengajar Maths. Saya pun kurang pasti bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam subjek tersebut. Saya perasan, sahabat saya yang turut mengikuti program tersebut agak kecewa akan hal ni. Hmmm...

Walaupun masa dah berlalu hampir 6 bulan, baru kini dapat saya gunakannya. Itupun, saya terpaksa mengubahsuainya serba sedikit. Mana taknya... manalah
pelajar2 saya tahu cara pembelajaran seperti ini. So, dari 4 bahagian FILA (salah satu elemen di dalam teknik ini), saya hanya gunakan 3 sahaja. Malah, saya juga telah mengubah taju FILA ini kepada ayat yang lebih mudah untuk para pelajar saya fahami. Bagi saya, yang penting adalah matlamat pembelajaran ini.

Tajuk yang saya gunakan adalah "Transportation in Plant". Item yang dikaji adalah 3 gambarajah ini:



Saya hanya minta mereka sediakan 3 perkara sahaja iaitu:
  1. pengetahuan awal mereka tentang tumbuhan
  2. menyenaraikan lebih daripada 7 soalan tentang gambarajah di atas
  3. mencatat jawapan bagi setiap persoalan tersebut.

Untuk perkara no 1 dan 2, mereka tidak boleh merujuk mana2 buku. Mereka juga boleh menyenaraikan pelbagai bentuk persoalan (yang ingin mereka tahu tentang ketiga2 gambarajah) dan saya tidak akan sama sekali menganggapnya sebagai "soalan bodoh" jika mereka tidak main2.

Pada peringkat awal, memang pelajar2 saya susah nak melaksanakannya. Mereka tidak tahu persoalan apakah yang perlu mereka kemukakan; bagaikan otak mereka kosong dan tak tahu nak diisi dengan apa.

Hheh... jangan anggap saya memperlekehkan mereka. TIDAK sama sekali!

Cuma, saya dah lama sedar, masalah pelajar2 ni, selalunya:
  1. tidak tahu apa yang hendak ditanya
  2. tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu yang diajar (inilah antara punca guru2 perlu kreatif untuk menarik minat pelajar)
  3. hanya mahu DISUAP dan tak mahu berfikir yang susah2 (mereka mudah berasa penat apabila terpaksa berfikir lebih mendalam tentang sesuatu)
  4. risau, jika bertanya, kawan2 akan mengejek atau guru2 marah kerana bertanyakan "soalan bodoh"
  5. tak mahu nampak macam "rajin" atau "pandai". (Heran betul!! ramai pelajar sekarang lebih malu tunjuk rajin daripada tunjuk malas?!!)
Tapi dalam hal pembelajaran tadi, saya nampak mereka menghadapi masalah no 1, 2 dan 4. Lagipun, saya memegang 2 kelas terakhir (lemah). So, respond mereka sangat kurang. Memang menyedihkan. Huhu.......

Bagi merangsang minat mereka, saya terlebih dahulu kemukakan beberapa soalan termasuklah soalan yang remeh temeh seperti:
  1. kenapa ada bintik2 merah dalam Diagram 1? Kenapa tidak keseluruhan?
  2. amende yang bentuknya macam mata dalam Photograph B tu? kenape ada warna gelap di tengah2nya?
  3. kenapa pakai bikar dalam Photograph A? Tak boleh ke, pakai bekas lain? Nape tak pakai pasu je?
  4. nape guna air warna merah? air warna lain, boleh tak?
Lepas tu, ada pula yang bertanya, boleh tak mereka tanya soalan seperti ini:
  1. kenapa dalam buku rujukan, ada ekor2 kat Diagram 1? kenapa yang cikgu lukis tak ade?
  2. kenapa dalam buku teks ada dua jenis stoma, satu warna hijau pekat dan satu lagi warna hijau kekuningan
  3. kenapa dalam buku ada yang lukis stoma terbuka dan ada yang tertutup?
  4. kenapa pokok dalam Photograph A senget?
Saya tegaskan kepada para pelajar, semua soalan mereka itu saya terima. Oleh itu, mereka mula bersemangat untuk mengemukakan pelbagai soalan sehinggakan pada awalnya mereka hanya ada 7 soalan sahaja. kini, ada kumpulan yang mencecah lebih daripada 30 soalan. Hahaha... puas hati saye!

Saya perasan, daripada kaedah pembelajaran seperti ini, keyakinan para pelajar untuk bertanya mulai bertambah. Mereka tidak lagi malu untuk bertanya lebih detail tentang sesuatu topik. Cuma, sebagai guru, kita juga mesti menunjukkan minat yang tinggi untuk menjawab soalan2 mereka termasuklah soalan2 dalam kategori "bodoh". Sebab, tahap keupayaan setiap pelajar tidak sama.

Inilah salah satu kelebihan teknik "Problem Based Learning".


Riadah di pagi ahad

Pagi ini, saya dan umi pergi jogging di tempat biasa.

Sebenarnya, kami hampir2 sahaja tidak jadi pergi kerana abah mungkin nak guna kereta untuk pergi mesyuarat. Namun, di saat2 akhir, dia membatalkan rancangannya, mungkin kerana kakinya masih sakit - bengkak2.

Saje je saya tukar laluan. Kalau dulu, biasa dimulai dengan laluan bukit dan diakhiri dengan lembah. Kali ini, terbalik pula. Orang ramai agak sesak di lembah kerana di sana ada pasar pagi.

Dalam pada itu, sempat juga saya snap gambar seorang pakcik yang sedang mengail ikan di tepi sungai. Siap dikelilingi oleh beberapa kanak2 dan seekor kucing yang siap sedia menunggu hidangan "fresh".



Hari ini juga, saya pertama kali membawa umie ke suatu kedai runcit yang agak besar di bandar kami. Hhuh... ramai juga orang di pagi2 seperti ini. Bukan senang nak bawa umi keluar jalan2 seperti ini. Kalau ada abah memang payah. Tapi, disebabkan pagi ni kami ingin pergi jogging, dapatla jugak saya bawa umi mencuci mata mengikut rentak kakinya. Kalau tidak, tak pernah ada peluang.

Banyak juga barang yang dibeli sehingga hampir RM 100 !! Huhuhu... nape la barang sekarang ni mahal sangat?!! Tapi, takpe..., yang penting, umi senang hati.

Terkejut juga masa nak balik, bila lihat jam hampir pukul 11 pagi. Mana ada orang jogging sampai pukul 11 kan? Hahaha... Itu pun nasib baik, bila sampai di rumah, nampak abah masih tidur di ruang tamu. So, takde la tengok abah menyinga. Hheh...