Sunday, January 25, 2009

Pertandingan catur peringkat MSSD

Minggu lalu adalah minggu yg plg memenatkan sejak sesi persekolahan tahun ini bermula. Malah, pelbagai program bertindan antara satu sama lain.

Kalau diikutkan, pertandingan catur peringkat MSSD bermula dari 19 hb hingga 21 hb. Tetapi, disebabkan 19 hb utk murid sekolah rendah, saya hanya terlibat utk 20 dan 21 hb shj. Pihak sekolah menghantar 16 peserta bagi bwh 15 dan 18 thn. 20 hb utk bwh 15 thn. Manakala, 21 hb utk bwh 18 thn. Oleh kerana guru yg terlibat hanya saya dan sorang lg sahabat, kami bergilir-gilir menghantar pelajar dengan 2 buah kereta kami yg "comel" itu. hahaha... Macam dlm tin sardin jer bila masuk student form 4 & 5. Nasib baik takde yg berbadan besar sgt.

Hari pertama kami (20 hb) bermula kelam kabut sedikit terutamanya dari group saya. Mana taknyer, saya dan 4 org lg pelajar sy confuse jalan nak ke RMM. Pada asalnya, saya yakin laluan kami betul. Tapi, dek penerangan sahabat saya yg sorang lg, menyebabkan saya menyangka kami dah salah jalan. So, ape lagi, saya pun undurkan kereta dan terus jalan. Padahal, sebelum saya mengundur, saya terperasankan seorang pelajar (mungkin pengawas) sudah siap siaga menunggu di hadapan pintu masuk ke sebuah sekolah. Sian budak tu, tentu dia heran, awatla cikgu sorang ni macam tak perasan dia terpacak lama dah kat situ. Dah la hari semakin panas. :-p

Walaupun masa pertandingan sepatutnya bermula sejak pukul 8.30, tetapi kami masih sempat berehat-rehat kerana ia telah dianjakkan masa. Dapatla peluang saya berkenalan dgn beberapa guru yg ada disitu. Sesetengahnya, saya dah pernah nampak mereka dlm kursus/ mesyuarat dan ada juga yang baru hari itu saya kenal.

Sebenarnya, siksa betul tunggu depa main catur. Saya lak bukannya tau main. Susun buah catur pun saya tak tau. Dulu pernah la try belajar main catur, tapi, macam tak lekat2 kat otak. Tapi, yg seronoknya, dapat lihat senyuman kegembiraan mereka mahupun keluhan mereka apabila seri atau kalah main. Senang hati bila lihat semangat mereka untuk berjaya dan sama-sama panas hati apabila ada yang main kotor. Ala... biasala dah jadi mcm adat dlm mana2 pertandingan...

Saya percaya, mereka semua mempunyai potensi besar utk berjaya dlm game ni. Sama ada yg perempuan, mahupun yang lelaki; bwh 15 thn dan juga 18 thn; kerana semuanya mara sehingga ke meja paling depan (tergolong dalam ranking yg tinggi). Alhamdulillah, 2 masuk ke negeri. Kalau diikutkan yg sepatutnya, kami mampu hantar lebih dari itu tetapi .... :<

Hari pertama, saya rasa sakit sgt badan sebab asyik duduk terlalu lama. Oleh itu, dihari ke dua, saya bawa buku utk dibaca. Punyalah tebal, tetapi itu sahaja yg sempat saya sambar sebelum bertolak pagi harinya. Encyclopedia. Alhamdulillah, rasa sakit badan dah berkurang. Membaca ni memang dapat mengurangkan stress dan kebosanan. Walaupun, tak banyak halaman yang saya habiskan, tetapi ia cukup berjaya mengurangkan keletihan yang melampau.

Sejak zaman belajar lagi, saya dah perasan, membaca buku dpt mengurangkan keletihan. Contohnya, kalau kita membaca buku sambil berjalan mendaki bukit, sedar-sedar, kita sudah ada di atas dalam keadaan kita tidak rasa penatpun. Mungkin ini hanya berlaku pd diri saya shj. Wallahu'alam. Tetapi, saya sering promote kaedah ini kpd rakan2 mahupun pelajar2 saya jika berkesempatan. Tak tau la apa pandangan mereka tentang perkara ini.

Selesai pertandingan, saya sempat suruh pelajar2 saya bergambar di laman sekolah tersebut. Rancangannya, untuk dimasukkan dalam majalah sekolah.......

Sebenarnya, pada hari pertama saya ke pertandingan catur itu, di sekolah pula sedang menjalani sesi rentas desa peringkat sekolah dan gotong royong. Rasa macam melarikan diri dari tugasan di sekolah la pulak. hahahaha..... takpe... takpe... mana2 pun sama je - saya hanya menjalankan tugas .......

Baru
2 ini berlaku rombakan kpd guru kelab, uniform dan permainan. Sekarang, saya bukan lagi sebahagian daripada kelab catur. Sebaliknya saya telah berpindah permainan lain pula.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi!

Azam tahun ni? Ntah le... Cuma fikir nak baiki apa2 yg kurang pd tahu lepas. Banyaaak betul yg nk kena betulkan! Sedihnya, saya tak teringat tarikh sebenar masuk tahun hijrah sebelum ini. So, terbiarlah hari tersebut begitu sahaja..... hmmm.....

Hari ini, tiada perkara istimewa yg saya dah lakukan. Cuma, saya sambung semula siapkan kain langsir kakak. Jahitannya bukan la kemas sgt. Tp, jauh lebih baik dpd yg satu lagi. Kali ini, sbb saya gunakan jahitan jelujur terlebih dahulu sebelum jahit dgn mesin. Penat betul!! Bukan apa, kainnya terlalu berat. Rasa macam nak patah tangan mengangkatnya. Yg bagusnya, tak susah nak jahit atas kain tu.

Lepas siapkan langsir tu, sy sibuk mengadap laptop. Haahaahaa, itulah hobi sy setiap masa selain dpd khatam buku. Sambil2 tu, saya scan hand-out yg mungkin perlu sy gunakan bile bukak skolah nnt.

Alamak, bila fikirkan ttg skolah ni, baru sy ingat, ada beberapa perkara yg perlu sy settlekan lebih awal. Antaranya:

  1. cek mkml komp yg bakal sy gunakan lg skali. Tgk RAM dia, install software (SC F3,2,1 dan Parental Control)
  2. mintak CD Magic utk maintenance komp2 kat mkml tu
  3. buat kertas kerja utk mintak tambah ram, headphone and potable billboard

Ohhh... byk nyer keje yg x siap lg!

Esok, sy merancg nak htr printer utk cek. Klu rosak, terpakse la beli baru. Bosan betul!

Dalam kebosanan spt ni, sy masih ada sesuatu yg blh menenggelamkan semua itu. "Exploring History". Itulah buku yg sy sedang bc especially lepas bangun tidur atau sebelum tidur. Sesekali baring kat katil, selak sehelai dua, mmm rasa mcm hanyut skali dlm buku tu. Pd sy, buku mmg best sgt. Rasa rugi sgt klu cepat2 hbs. Nasib baik buku tu tebal - 512 ms colourfull and high quality paper. Harga cuma RM 39.9. Rasa mcm tak padan ngn quality buku tu. Dah la ada byk info dlm tu.

Sy mmg minat buku2 camtu. Inilah pertama kali sy memiliki encyclopedia sendiri. Selama ni, sy lebih byk beli buku cerita. Teringat ms zaman skolah2 dulu - sy mmg cukup gemar study buku2 encyclopedia. Tak kira tajuk apa - hbs saya sapu. Paling sy suka ttg science, civilization, history, psycology.

Sy nak smbg baca buku tu laa skrg .....