Sunday, January 25, 2009

Pertandingan catur peringkat MSSD

Minggu lalu adalah minggu yg plg memenatkan sejak sesi persekolahan tahun ini bermula. Malah, pelbagai program bertindan antara satu sama lain.

Kalau diikutkan, pertandingan catur peringkat MSSD bermula dari 19 hb hingga 21 hb. Tetapi, disebabkan 19 hb utk murid sekolah rendah, saya hanya terlibat utk 20 dan 21 hb shj. Pihak sekolah menghantar 16 peserta bagi bwh 15 dan 18 thn. 20 hb utk bwh 15 thn. Manakala, 21 hb utk bwh 18 thn. Oleh kerana guru yg terlibat hanya saya dan sorang lg sahabat, kami bergilir-gilir menghantar pelajar dengan 2 buah kereta kami yg "comel" itu. hahaha... Macam dlm tin sardin jer bila masuk student form 4 & 5. Nasib baik takde yg berbadan besar sgt.

Hari pertama kami (20 hb) bermula kelam kabut sedikit terutamanya dari group saya. Mana taknyer, saya dan 4 org lg pelajar sy confuse jalan nak ke RMM. Pada asalnya, saya yakin laluan kami betul. Tapi, dek penerangan sahabat saya yg sorang lg, menyebabkan saya menyangka kami dah salah jalan. So, ape lagi, saya pun undurkan kereta dan terus jalan. Padahal, sebelum saya mengundur, saya terperasankan seorang pelajar (mungkin pengawas) sudah siap siaga menunggu di hadapan pintu masuk ke sebuah sekolah. Sian budak tu, tentu dia heran, awatla cikgu sorang ni macam tak perasan dia terpacak lama dah kat situ. Dah la hari semakin panas. :-p

Walaupun masa pertandingan sepatutnya bermula sejak pukul 8.30, tetapi kami masih sempat berehat-rehat kerana ia telah dianjakkan masa. Dapatla peluang saya berkenalan dgn beberapa guru yg ada disitu. Sesetengahnya, saya dah pernah nampak mereka dlm kursus/ mesyuarat dan ada juga yang baru hari itu saya kenal.

Sebenarnya, siksa betul tunggu depa main catur. Saya lak bukannya tau main. Susun buah catur pun saya tak tau. Dulu pernah la try belajar main catur, tapi, macam tak lekat2 kat otak. Tapi, yg seronoknya, dapat lihat senyuman kegembiraan mereka mahupun keluhan mereka apabila seri atau kalah main. Senang hati bila lihat semangat mereka untuk berjaya dan sama-sama panas hati apabila ada yang main kotor. Ala... biasala dah jadi mcm adat dlm mana2 pertandingan...

Saya percaya, mereka semua mempunyai potensi besar utk berjaya dlm game ni. Sama ada yg perempuan, mahupun yang lelaki; bwh 15 thn dan juga 18 thn; kerana semuanya mara sehingga ke meja paling depan (tergolong dalam ranking yg tinggi). Alhamdulillah, 2 masuk ke negeri. Kalau diikutkan yg sepatutnya, kami mampu hantar lebih dari itu tetapi .... :<

Hari pertama, saya rasa sakit sgt badan sebab asyik duduk terlalu lama. Oleh itu, dihari ke dua, saya bawa buku utk dibaca. Punyalah tebal, tetapi itu sahaja yg sempat saya sambar sebelum bertolak pagi harinya. Encyclopedia. Alhamdulillah, rasa sakit badan dah berkurang. Membaca ni memang dapat mengurangkan stress dan kebosanan. Walaupun, tak banyak halaman yang saya habiskan, tetapi ia cukup berjaya mengurangkan keletihan yang melampau.

Sejak zaman belajar lagi, saya dah perasan, membaca buku dpt mengurangkan keletihan. Contohnya, kalau kita membaca buku sambil berjalan mendaki bukit, sedar-sedar, kita sudah ada di atas dalam keadaan kita tidak rasa penatpun. Mungkin ini hanya berlaku pd diri saya shj. Wallahu'alam. Tetapi, saya sering promote kaedah ini kpd rakan2 mahupun pelajar2 saya jika berkesempatan. Tak tau la apa pandangan mereka tentang perkara ini.

Selesai pertandingan, saya sempat suruh pelajar2 saya bergambar di laman sekolah tersebut. Rancangannya, untuk dimasukkan dalam majalah sekolah.......

Sebenarnya, pada hari pertama saya ke pertandingan catur itu, di sekolah pula sedang menjalani sesi rentas desa peringkat sekolah dan gotong royong. Rasa macam melarikan diri dari tugasan di sekolah la pulak. hahahaha..... takpe... takpe... mana2 pun sama je - saya hanya menjalankan tugas .......

Baru
2 ini berlaku rombakan kpd guru kelab, uniform dan permainan. Sekarang, saya bukan lagi sebahagian daripada kelab catur. Sebaliknya saya telah berpindah permainan lain pula.

No comments: