Friday, January 14, 2011

2011

Salam,

Lama sungguh saya tak menulis di blog ini. Sepanjang waktu itu, pelbagai perkara berlaku dalam hidup terutamanya berkaitan dengan kerjaya.

Dari Perak, akhirnya, saya berpindah ke kajang. Seterusnya, bekerja di Shah Alam. Malah, mata pelajaran yang diajar juga berubah-ubah di kala itu. Dan kini, sekali lagi saya akan diamanahkan memegang subjek science form 1,2,3 and 5. Astaghfirullah. Mau botak agaknya kepala saya nanti. Habis semua tingkatan disapunya.

Buat masa ini, saya masih belum mengajar subjek2 berkenaan. So, apa tugas saya di sekolah? Hehehe... relief orang lain. Untungnya, bermula semalam, saya diarahkan mengganti guru subjek mathematics sahaja. Bolehla saya mengajar. Kalau tak, sebelum itu, saya disuruh ganti guru bahasa malaysia. Macam mana nak mengajar?! Saya memang lemah biler disuruh mengajar BM nih. hahaha..... So, apa saya buat masa tu?... Saya cuma ajar adab belajar, kebersihan kelas dll yang tidak berkaitan dengan bahasa malaysia XD. Kebetulan pula, saya tidak diberi lesson plan guru berkenaan.

Nampaknya, saya perlu study balik silibus science form 5, sebab dah lama tak ajar form itu. Kali terakhir, semasa tahun 2004. Tetapi, antara tahun itu hingga sekarang, sudah beberapa kali saya diminta mengajar science form 4. Semoga ilmu itu masih diingatan dan dapat digunakan sekarang. InsyaALLAH. Doakan saya!






No comments: